Tuesday, December 1, 2009

After 2 weeks..

Today i, yati ibrahim n chandran kena report kat head of group assurance (GCAD) plantation devision.. (just corporate name but actually internal audit department)

bOS tnye.. "Dah lama ke training?" Chandran says, 2 weeks!

Everyone mcm x percaya je br 2 minggu pasl mcm2 sgt blaja, byk keje, bla..bla..

Currently, sume org tgh bz pasl CSR project yg kitorg kena present on 15 of December ni..

Becoz many of them is in General Head Office n bdk2 GCAD pegi Subang Jaya, ssh nk discus, so kena bt conference kat YM.. but the problem is aku tkde access internet kat rumah..! Huwaa...

Aku smpt try maxis broadband for 3 days, but the service is noot good n definately not worth for RM 98 per month.. After consult several people, diowg ckp celcom broadband ok, so mayb kena try celcom broadband afterdis..

1 gud news for today.. :) ;)

Start esk aku akan report to GCAD property devision n joint QS team to do internal audit... Can't wait! Bile bos sbb pasl contract, tender, BQ, contractors bla, bla... aku rasa nk lompat je, keh3...

At last, aku akan bt benda yg aku ada knowledge.. Kalo x, asyik bt marketing, economics bla.. bla.. Terlalu byk kena blaja smpi ssh nak catch up..! Last2, aku x paham pun ape org lain ckp..

N one more thing..

After confess that im not good in english and i felt inferior in front of others masa camping haritu, i gain back my confidence n presentation skills..

So, moral of the story, just be yourself.. x perlu terlalu malu dgn diri sendiri n trying hard to be like others kerana itu akan memakan diri..

Skrg aku hentam je ckp melayu kalo aku ssh nk communicate, haha.. n everyone seems like accept me the way i am.. :-P

So, becoz of that, aku leh dpt balik aku punye presentation skills.. Hentam je english tu.. Insyallah akan improved day by day :)

p/s: tgh mengalami kemelesetan ekonomi yg merudum.. huhu.. too many things to buy tp gaji bulan lepas separuh je :-(

Monday, November 16, 2009

MTP 2009

Today i start the first day of MTP programme at SD Convention centre Mont Kiara..

Penat jgk masuk lecture class but i do have fun with the activities.. Cume pasl dh lama x blaja, otak cramp skit, haha..

The training is 6 month training inclusive class training n job rotation di mana kena rotate all 6 division sepanjg 6 month.. The programme sounds interesting but i know it is very tough..

I hope i can do well in the training..

Cume, the problem i faced today is my english..

Aiya, ssh btul nk communicate pasl aku x fasih berbahasa inggeris.. Membuatkan aku rasa kecik la sgt dlm kelas tu terutamanya bila kena present.. Lemah lutut.. Asyik lost words je..

Cume aku harap dpt perbaiki n improve my english in this 6 month..

Cume skrg, aku dh x dpt activ facebook b blog.. Byk miss news dr kawn2.. Tkde internet la katakan.. Nk masuk line kat umah rasa mcm x mampu lak..

Ari rabu smpi sbt malam aku akan ke Genting n Kuala Kubu Bharu for team building..

There will be a lot of activities n i believe we wont have enough sleep..!

Till then.. Aku dh mengantuk sgt dh ni..

Tuesday, November 10, 2009

At home :)

After a week i spend kat K.L buat itu dan ini, akhirnya aku pulang ke kg halamanku, kulim pada hari sabtu:)

Penatnye la masa aku kat K.L tp aku manage bt mcm2 jgk la selama seminggu tu..

* Pegi KWSP amik penyata n register for i-akaun (sape2 yg belum bt, sila buat, sng nk check caruman bos tiap2 bulan)

* Shopping kat sogo beli baju bajan n new handbag :) akhirnya tercapai jgk hasrat aku beli new handbag, dh lama mengidam nk handbag baru tp tiap2 kali pegi shopping mall, ade je perkara yg bt aku x jd beli

* Bkk akaun CIMB, walaupun mcm2 masalah melanda aku masa nk bkk akaun tu.. tension btol..

* Amik offer letter n trus g buat mediacal check kat P.J.. Dh la punya jauh tempat tu, sempat la aku sesat seround dua.. aku kan kaki sesat, haha..

* Jd driver bt kakakku :) abg ipar aku g outstation 3 hari..

* Memaksa en karimi ikut plan aku ke Sunway Lagoon.. yippi :) walaupun sunway lagoon x sebest genting, tp ok la memandangkan kali terakhir aku pegi sana 6 years ago.. I have fun there jerit2.. hehe..

And on Saturday morning, aku pulang ke Kulim dgn bas (^.^)

Best sungguh dok umah dpt mkn yg sedap2 setiap hari.. Aku asik g dapur je cari mknn..

Aku dpt proses berusaha utk menggemokkan diri.. Makin lama aku rasa aku makin kurus pulak.. Jgn tinggal tulang dh la lepas ni.. :-P

Kt umah mcm biase la aku jd driver ke sini n ke sana.. Aku mmg spend time dgn family je, mls nk lepak2 kat luAr.. Lgpon tu la tujuan aku balik umah.. Merehatkan diri smbil spend my time wif my family :)

Tp problem nye P.C kat umh lak rosak, terpaksa la g cyber cafe nk check email n bla.. bla..

Next week aku akan start new work at new place.. Blum tau lg kat mana tmpat keje br, mayb kena undergo training session dlu for 2 weeks :)

Till then.. Adios..

Tuesday, November 3, 2009

My mid sem break..

Aku skrg jd penganggur selama 2 minggu..

Huh.. heaven sungguh rasa.. dh lama x dpt rasa mcm skrg..

Bile buka mata masih leh golek2 atas katil lg.. sejam lamanya smbil layan TV..

Dlu after blaja, trus poyo2 sibuk nk keje trus.. Kononye risau kang x dpt keje trus, n tkde duit.. waktu tu punye la bersemangat benor nk keje...

Tp bila dh mule keje.. rupanya keje x seindah yg aku fikirkan.. Penat rupanya.. Sungguh..

Bile balik rumah je, aku mesti trus ke katil.. Nikmat btol perasaan masa tu.. Ditambah pulak dgn air ribena @ oren sejuk.. Aduss~~

Masa ni la terfikir kat mak abah.. Teringat masa aku nangis2 mintak belikan mainan sampai merajuk2 x nk mkn.. Padahal gaji diowg kecik je masa tu..

Dengan gaji yang mak abah dpt tu la, diowg berjaya sekolahkan aku n adik beradik aku smpi skrg.. Betapa besarnya pengorbanan n nilai kasih syg seorg ibu dan ayah.. Thank u mak abah :)

So.. kalo ada peluang bercuti, enjoy puas2..

We really need a break..! Br la bersemangt nk bekerja.. :)

Friday, October 30, 2009

Thank you Allah :)

Alhamdulillah.. Thank you Allah :)

Allah perkenankan dan mempermudahkan hidup ku lg kali ni..

Smlm, aku dpt one gud news lagi..

Yang aku x sangka akan dapat.. Yang aku amat bersyukur bile dapat..

Yang aku pasti akan mengubah hidupku dan family ku selepas ini..

Sume janji aku pada mak abah, along, kawn2 insyallah akan aku tunaikan..

Tq sume sbb doakan aku selama ini..

Cume aku btul2 harap sume leh tegur aku kalo aku ada bt salah apa2 pasni..

Jgn biar aku lupa diri.. Kdg2 aku rasa hidupku mcm dlm drama cerita melayu pulak.. Hidupku dipermudahkan dari kecil smpi skrg.. Mcm mimpi lak..

Aku x sure mcm mana aku akan bekerja nnt.. Aku pon xtau bidang baru yang akan aku ceburi ni, yang pasni, not totally quantity surveying services.. So, aku harap aku akan survive..

And sorry to HTS, pasl aku x jadi masuk company tu next week.. Truly sorry..

p/s: mlm ni farewell aku dgn opismate aku.. yeay!

Tuesday, October 27, 2009

Perkara jgn dibuat ketika bercinta

Aku baca ni dr sebuah blog.. so, nk kongsi.. enjoy reading :)


Kata orang, saat bercinta anda boleh melakukan apa sahaja kerana si dia sangat menyayangi anda. Tetapi anda harus berhati-hati, bukan semua perkara boleh dilakukan sesuka hati.

Jika anda tidak mahu si dia berkecil hati dengan sikap anda, jangan sekali-kali melakukan perkara di bawah ini. Jika anda melakukannya juga, tidak mustahil perhubungan yang telah dibina sejak sekian lama itu akan terlerai di pertengahan jalan.

Jalan terbaik, lebih baik anda berdiam diri dan menyemai cinta abadi bersama si dia.

1. Jangan suka membandingkan
Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih nahas jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.

2. Jangan menipu
Di dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.

3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.

4. Jangan lupa hari penting dirinya
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya. Kirimkan sekuntum bunga pada hari bahagianya. Kuntuman bunga itu sudah pasti mampu membuatkan bibir si dia tersenyum bangga sepanjang hari.

5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.

6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.

7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.

8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.

9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.

10. Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.


Adakah anda bt perkara2 di atas..? Masih belum terlmbt utk berubah ;-)

8 Sifat lelaki yg harus kena lempang wanita

Quoted from noux azizul :) kwn sekolah menengah ku.. hihi.. thnx


1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb)

Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2.Ganas
(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya)
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)
Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4.Gabra..
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5.Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6.Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)
Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7.Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8.Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda..hikhik


Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)