Friday, October 30, 2009

Thank you Allah :)

Alhamdulillah.. Thank you Allah :)

Allah perkenankan dan mempermudahkan hidup ku lg kali ni..

Smlm, aku dpt one gud news lagi..

Yang aku x sangka akan dapat.. Yang aku amat bersyukur bile dapat..

Yang aku pasti akan mengubah hidupku dan family ku selepas ini..

Sume janji aku pada mak abah, along, kawn2 insyallah akan aku tunaikan..

Tq sume sbb doakan aku selama ini..

Cume aku btul2 harap sume leh tegur aku kalo aku ada bt salah apa2 pasni..

Jgn biar aku lupa diri.. Kdg2 aku rasa hidupku mcm dlm drama cerita melayu pulak.. Hidupku dipermudahkan dari kecil smpi skrg.. Mcm mimpi lak..

Aku x sure mcm mana aku akan bekerja nnt.. Aku pon xtau bidang baru yang akan aku ceburi ni, yang pasni, not totally quantity surveying services.. So, aku harap aku akan survive..

And sorry to HTS, pasl aku x jadi masuk company tu next week.. Truly sorry..

p/s: mlm ni farewell aku dgn opismate aku.. yeay!

Tuesday, October 27, 2009

Perkara jgn dibuat ketika bercinta

Aku baca ni dr sebuah blog.. so, nk kongsi.. enjoy reading :)


Kata orang, saat bercinta anda boleh melakukan apa sahaja kerana si dia sangat menyayangi anda. Tetapi anda harus berhati-hati, bukan semua perkara boleh dilakukan sesuka hati.

Jika anda tidak mahu si dia berkecil hati dengan sikap anda, jangan sekali-kali melakukan perkara di bawah ini. Jika anda melakukannya juga, tidak mustahil perhubungan yang telah dibina sejak sekian lama itu akan terlerai di pertengahan jalan.

Jalan terbaik, lebih baik anda berdiam diri dan menyemai cinta abadi bersama si dia.

1. Jangan suka membandingkan
Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih nahas jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.

2. Jangan menipu
Di dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.

3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.

4. Jangan lupa hari penting dirinya
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya. Kirimkan sekuntum bunga pada hari bahagianya. Kuntuman bunga itu sudah pasti mampu membuatkan bibir si dia tersenyum bangga sepanjang hari.

5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.

6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.

7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.

8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.

9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.

10. Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.


Adakah anda bt perkara2 di atas..? Masih belum terlmbt utk berubah ;-)

8 Sifat lelaki yg harus kena lempang wanita

Quoted from noux azizul :) kwn sekolah menengah ku.. hihi.. thnx


1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb)

Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2.Ganas
(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya)
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)
Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4.Gabra..
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5.Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6.Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)
Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7.Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8.Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda..hikhik


Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Friday, October 23, 2009

Nokia E72




waa..... desperately want this phone..!!!

Almost everyday aku baca review org pasl handphone ni, smpi makes me wait day by day bile la hp ni nk release kat pasaran malaysia..

Aku tnya Alex, a friend of mine yg ada kedai hp kat Loyat, die ckp end of this year, but definately before next year.. Huh!

Lmbtnye.....~~

Kang ade jugak bt aku x jd hp.. Haha..

Dari review yang aku baca, org ckp mayb harga dia range antara RM1600-1800..

Tp aku budget for E71 pon dh RM1200, so just add few hundreds kalo dpt hp yg double best aku rasa berbaloi..

Dengan camera 5MP plus processor yg jauh lg cpt dr E71, i will go for E72 instead of E71.. :-p

Harap2 jgn la smpi RM2000.. parah aku!

p/s: En. Karimi, nnt masuk share ye nk bli hp ni.. :-P

Thursday, October 22, 2009

Menanti Hari..

today is 22/10/09..

8 more days to left MMQS, with 6 working days..

Perasaan? Ntah..

Cuma aku sungguh malas nk bt keje.. Yela, dh nk benti dh tkde motivation nk bt keje..

Cume sedih mengenangkan nk tinggalkan opismate yg best.. Yang x kedekut ilmu nk bg pelajaran n nasihat utk aku..

Yg aku yakin nasihat yg diowg bg tu ikhlas dr hati mereka, bkn hasad dengki..

Thanks to all of u.. Aku takkan lupe korang, insyallah :)

Besides...

One more big thing.. Next week ada result yg aku tunggu..

Berharap sudh pasti, cuma aku tknk terlalu mengharap..

Taknk tersungkur nnt sbb pedih..

Lgpon, aku dh dpt keje lain lgpon.. Just carry on wif life kalo x dapt..

Skrg aku cuma berdoa agar Allah kurniakan rezeki tersebut kpd aku..

Will update the story later..

Cuma, sesiapa yg bc entri ni, harap dpt doakan jgk utk aku :)

Friday, October 16, 2009

Convocation :)

Aku dh graduate...! yahoo...


Btul k.reen ckp, tu one of the sweetess moment ever..

Definately!
Tmbhan pulak aku di announce sbg best student in QS Department.. Alhamdulillah..

Serius, aku x penah mimpi dpt best student.. Mcm mau nangis je bila dpt surat dr UIA, kbtln masa tu cuti nk balik raya.. So, terkelu aku..


Ni message aku utk sume masa aku naik stage amik award tu:


--------------------------------

Alhamdulillah..

To my parents (En. Khozari & Pn. Zaiton), family, lecturers and friends: Thank you from the bottom of my heart! I am sincerely grateful to ALLAH for giving me such loving family, best lecturers and caring friends. I deeply appreciate all your support throughout all years till today. All the hard work has paid off.

Thank you for always being with me.

-------------------------------------------

Mak n abah.. Thnks for everything.. Love both of u s
o much.. :)

Tengkiu jgk bt along, abglg, yang n ayih sbb hadir masa hari yg bermakna dlm hidup wo.. tq so so much sbb kita membesar sama2.. hehe

En karimi.. tq so much sbb sentiase ada masa ssh n sng.. U r my strength...


And to all friends.. Lots of love to all of u.. thnk u so much sbb korg salah 1 punca kejayaan aku skrg..

And to all people that i forgot to mention.. Thank u to all of u too..


Cume aku berharap aku x lupa diri kerana Allah sedang menguji hambanya bila dikurniakan rhmat n rezeki yg melimpah ruah mcm aku dpt skrg.. (mintak dijauhkan)

Cume aku nk kongsi kat cni..

Betapa terharunya aku bila dpt msg dr mak..


mak ckp..


"Tahniah wo..Tak penat la mak melahirkan wo, sbb wo dh balas keletihan mak hari ini.."

Huh. . smpi skrg kalo aku tingat msg mak, i feel like crying..


Masa aku tau aku dpt best student, aku biase je tkde la teruja sgt, happy biase2 je..


Tp, on convocation day, aku rasa btul2 celebrating convocation aku..

Memandangkan aku salah 1 recepient award, mak abah aku dok dpn skali dpn all graduands, kerusi VIP lg..
Lepas hbis amik award lak, 1 family aku dijemput ke award dinner lunch.. Mmg membuatkan mak abah aku rasa istimewa pada hari tersebut..

Aku x kishkan diri aku sgt, tp bila UIA celebrate mak abah, serius aku rasa aku patut berterima kasih pada pihak UIA.. thnk u so much..!! :)

Kalo ade masa nnt aku smbg cite lg ye... Till then..



mak, abah n ayih

me n encik karimi :)

more pictures will be upload soon...


Sunday, October 4, 2009

Update

fuh.. fuh.. fuh.... aiya dh berhabuk blog aku ni.. dh lama sgt tk update..

What major things happen during this few weeks n month akan aku update kat cni..

1) Nenek aku meninggal dunia

Genap 1 month atuk aku meninggalkan kami suma, nenek pulak ikut meninggal kami.. bak kata org tua2 nenek aku sehidup semati dengan arwah atuk aku..

Tp pemergian nenek aku ni bt aku terkilan skit sbb aku x smpt berbakti apa2 utk dia..

Arwah meninggal sbb sakit tua...

HAHA.. ENTRY NO 2 &3 KENA PADAM ATAS SBB2 KSLMATAN..

4) Convocation..

I'll update this story letter :)

Alhamdulillah..

5) Get new job..

Alhamdulliah.. Aku dh dpt keje lain..

Esk my resign letter akan ada atas meja bos..

For all the staff of MMQS, all of u r the best frens that i ever have..

Korang sume mmg supportive, baik n terlalu bagus..

Yati akan rindu kat korang sgt..

Tp jgn risau.. kita akan selalu berjumpa :)



Love~~ Nurul Hayati